Monday, November 09, 2009

INSURAN HAYAT: SIAPA BOLEH DIPERCAYAI?


SESUATU bermain-main di kepala saya. Jika kita mengambil insuran hayat, kemudian kita meninggal dan meninggalkan sedikit dana, siapakah yang boleh kita percayai?. Adakah insuran itu akan ingatkan kita yang sudah mati?. Atau mereka bertepuk tangan sahaja?.

Saya ada pengalaman. Bukan satu, bukan dua, tetapi LIMA !. Saya ambil insuran pendidikan untuk anak-anak saya. Insuran daripada syarikat takaful yang tidak mengguna dan tidak mempercayai konsep agen. Mengikut perjanjian, anak saya akan mendapat menafaat setelah ia berusia 18 tahun, kemudian ada lagi bayaran kedua, bayaran ketiga dan bayaran akhir.

Apa yang terjadi?. Anak pertama dapat bayaran pertama. Kemudian bayaran kedua. Anak kedua, ketiga dan keempat semuanya hancus walaupun mereka sudah lama menjangkau usia 18 tahun. Tidak ada sebarang khabar berita walaupun setiap bulan gaji saya dipotong. akhirnya saya mendapat tahu, lebihan potongan gaji saya adalah lebih banyak daripada menafaat takaful yang patut diperolehi oleh anak-anak saya.

Saya telefon helpdesk, ia terlalu komnpleks untuk diterangkan dan mohon buat panggilan semula dan sampai sekarang tiada berita. Kemudian saya tulis fax dan kemudian hantar e-mel. Mel ada jawapan.Kemudian saya pergi sendiri ke pejabat Takaful tersebut. Dapatlah sebahagian. Sebahagian lagi masih belum dapat, melainkan janji.

Bayangkan jika si pencarum sudah meninggal. Siapa akan pergi ke pejabat Takaful?.

Saturday, November 07, 2009

HAK-HAK JIRAN (YANG TERLAMPAU)



INI ialah pandangan surau alhidayah dari tingkap rumah saya. Maknanya jiran sebelah kiri rumah saya ialah surau. Sebelah kanan rumah kosong yang masih belum berpenghuni. Belakang seorang teman. Depan seorang kenalan. Orang kata (barangkali hadis) jiran kita ialah 40 rumah di kiri-kanan dan belakang depan. Jiran-jiran ini mempunyai hak terhadap kita. Apakah hak-hak jiran?. Ada dalam kitab.

Hari ini ada kenduri kahwin di kawasan surau. Keluarga pengantin pinjam kawasan surau untuk buat walimatulurus.

Dalam banyak hal, kitapun tidak mengutamakan jiran yang 40 yang berjumlah 160 semuanya. Jiran kita lebih kepada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja.

Thursday, November 05, 2009

BLACKBERRY Vs iPHONE 3G



Saya berpendapat "iPhone adalah sebuah telefon yang sangat hebat. Jika tidak masakan stoknya sentiasa kehabisan di seluruh dunia. Saya pernah melihat orang berbaris panjang di kedai Apple untuk menempah iPhone di New York. Saya juga pernah ke London dan ke kedai Apple untuk membeli iPhone dan mendapat jawapan tiada stok. Di Kuala Lumpur juga iPhone perlu ditempah".

Akhirnya saya berjaya juga memiliki iPhone 3G yang original. Walau bagaimanapapun selepas 2 bulan menggunakannya, saya memutuskan untuk menjualnya dan beralih kepada BlackBerry Bold (BBB).

Blackberry terkenal dengan 'push mail'. E-mel dengan cepat dapat dibaca dalam blackberry. Itulah kelebihan utamanya. iPhone juga berupaya melakukian pushmail. Telefon lain juga berupaya melakukannya, malahan juga ada juga fungsi blackberry. Namun ia tidak serupa... Dalam iPhone kita boleh set supaya mel dihantar dari server ke iPhone dalam jangka masa tertentu, setiap 5 minit misalnya. Dalam BBB pula, ia adalah setiap detik dan merupakan fungsi utamanya. Jikia kita set e-mel dihyantar setiap 5 minit ke iPhone, saya percaya bateri tidak akan dapat bertahan setengah hari. Ini kelemahan iPhone.

Kelemahan iphone
Saya suka semua fungsi iPhone kecuali:
1. Susah untuk menaip
2. Tidak boleh buat panggilan video (tidak gunapun)
3. Bateri cepat habis
4. Tidak ada GPS bersepadu

Kelemahan Blackberry
Blackberry juga banyak kelemahan yang saya tidak suka:
1. Sync dengan PC sangat susah (berbanding dengan iPhone)
2. Tidak banyak software yang tersedia
3. Kerap crashed (disahkan sendiri oleh Celcom BB)
4. Tidak berupaya Sync kalendar dengan kalendar pejabat (perlu server khas)

Nokia?

Pada masa ini saya masih mempunyai Nokia E71. Saya berpendapat inilah telefon paling teruk yang saya ada. harap-harapnya telefon ini sahaja, tidak telefon orang lain.
1. E-mel sangat perlahan
2. gmail terus hang (saiz gmail saya ialah 8GB)
3. Contact langsung tidak berfungsi jika duplicate entry (iphone & BBB OK sahaja).

Akhirnya E71 saya dijadikan GPS sahaja ....

Wednesday, November 04, 2009

SEKOLAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

SAYA terkejut membaca berita akhbar hari ini "Surat ditandatangani ibu bapa bukti sekolah tidak bertanggungjawab"

Siapa yang tidak bertanggungjawab di sini?. Sekiranya sekolah tidak bertanggungjawab, mengapa kita hantar anak kita ke sekolah berkenaan?. Mengapa sekolah tersebut tidak ditutup sahaja?. Apakah matapelajaran yang diajar di sekolah yang tidak bertanggungjawab?. Masyaallah..... betapa tidak bertanggungjawabnya ayat dalam tajuk berita tersebut. Mengapakah mereka (pengarang) menggunakan ayat tidak bertanggungjawab tanpa sebarang rasa tanggungjawab?.

Apakah yang sebenarnya?.


Isunya di sini ialah, apabila ibu bapa mengisi dan menandatangani borang persetujuan anak-anak untuk mengikuti apa-apa aktiviti ko-korikulum sekolah, maka "sekolah tidak bertanggungjawab'. Sebabnya ibu bapa sudah tandatangan dan sekolah lepas tangan. Pelik?.

Tuesday, November 03, 2009

BLACKBERRY KAPUT



SAYA memperolehi Blackberry Bold (BBB)pada tengahari Jumaat. Dapat sahaja, terus buat setting dan dibawa hingga ke masjid untuk solat Jumaat dalam sapara selesai setnya. Kemudian disambung pula semasa mesyuarat di sebelah petangnya. Selesai setting.

Pasang Blackberry Desktop Manager di pejabat menemui jalan buntu. Pulang ke rumah dan pasang di netbook di rumah dan Alhamdulillah siap terpasang. Buat Sync. dengan Outlook dan semua alamat kontak selamat dipindahkan ke BBB.

Sabtu apa program kayuhan ke Tekala dan alternatifnya ialah kelas KJ Method. Namun BBB ajak berehat sakan. Ahad iPhone dijual di Alamanda Putrajaya.

Sabtu dan Ahad banyak juga muaturun perisian untuk BBB ini. Nampak biasa sahaja. Isnin muaturun Google Apps yang di dalamnya mengandungi antara lain ialah Google Maps. Selesai muaturun, pasang, uji dan boomm! BBB tergantung (hang). Lama tergantungnya. Tanpa banyak berfikir, buka bateri dan pasang balik dan yahuuuu..... BBB sudah hancus dengan "App Error 200" dan reset. Bergegas cari bantuan dengan pakcik Google dan dapat beberapa kaedah penyelesaian seperti soft reset, hard reset dan factory reset. Kesemua dicuba dan semuanya gagal memulihkan BBB.

SMS Celcom dan mereka janji untuk telefon pagi-pagi hari ini (Selasa). Selasa. SMS, telefon malahan pergi meencari pusat servis tetapi tidak ketemu dan hampa. Sudah matikah BBB aku?.

Celcom berjanji mahu gantikan dengan unit baru. Namun oleh kerana jujurnya memberitahu sebab-sebab tergantung, iaitu kerana memasang Google map, tawaran ditarik balik.

Esok (Rabu) akan dihantar ke pusat servis untuk dilakukan pembedahan membuang segala isi badan dan dimasukkan zat yang baru (format). Tunggulah esok bagaimana.
Blog Widget by LinkWithin